ntah aper lagi yang aku nak tambah???
ntah aku pon tak tahu...hu3
inipon member aku yg ajar..padahal aku yang buat blog dulu..
tapi dyer plak yang lagi ekspert...
macam ni kene habiskan masa dalam lab sepanjang hari..hu..
Saturday, March 6, 2010
hahaha...
Posted by SITI KHAZAWANI at 9:14 PM 0 comments
Monday, February 22, 2010
perpisahan...
Perpisahan adalah pahit....
Dan ini adalah satu pengalaman....
Kita tidak akan merasa bertuahnya hidup di bumi ini....
Jika kita tidak membuka mata dan melihat....
Malangnya bertimpa-timpa di tempat orang....
Setiap seorang dari kita mempunyai....
Tujuan dan cita-cita yang berbeza....
Tujuan untuk mengecap kebahagiaan....
Aman dan ketenangan....
Posted by SITI KHAZAWANI at 5:45 AM 0 comments
Sunday, February 21, 2010
pemergianmu...
assalamualaikum semua...tanggal 20 feb 2010, berlaku satu peristiwa yang menyedihkan hati dan sanubariku..puan RASHIDAH BT JALAL, wanita yang ku gelar mak..telah kembali ke rahmatullah akibat sakit yang ditanggungnya sekian lama..terasa baru semalam aku mengenali mak, mak..aku juga amat menyayangi mu sebagaiman aku menyayangi ibuku sendiri,terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan di atas kesudian dirimu memberi secebis kasih sayang buat diri ini...mak adalah ibu kepada rumate ku SITI NUR AIN BINTI MOHD NASOHA..kpada sahabat ku..aku harap dirimu tabah menghadapi segala rintangan,dugaan,ujian yang telah ditetap kan untukmu dan juga keluarmu..aku disini mengcapkan takziah dan hanya mampu berdoa agar roh mak dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka yang soleh dan solehah...pergimu tak dipita..hadirmu membawa cahaya dan sinar kebahagiaan...tak dapat dinafikan,kasih ibu membawa ke syurga..kita semua tidak akan terlepas daripada menghadapi saat sakaratulmaut..begitu juga aku..suatu hari nanti aku mungkin akan kehilangan orang yang aku sayang..mungkin juga merekan akan kehilangan diriku..aku hanya mampu berdoa agar dosa-dosa ku di ampunkan oleh ALLAH yang MAHA ESA..daripadanya kita datang..dan kepadanya kita kembali..buat sahabatku,SITI NUR AIN..kami disini,sahabat-sahabatmu sentiasa berada disisimu..di kala susah atau senang..dan janganlah kau menyembunyikan senyuman di wajahmu kerana peristiwa sedih yang berlaku..teruslah senyum kepada dunia..kerana dengan senyumanmu..akan memberikan kebahagiaan kepada keluargamu...AL-FATEHAH BUAT arwah EMAK....
Posted by SITI KHAZAWANI at 8:06 PM 0 comments
Monday, February 1, 2010
MUHAMMAD KHAIRUL ANWAAR
.jpg)
ini adik kesayangan ku..selalu jer gado ngan dier..tapi biler balik rumah dier lah orang yang selalu ader..memang kepala batu,keras kepala,segala yang keras bglah kat dier...dier satu2nya adik lelaki aku yang rapat dengan aku..agak kasanova jugak..hahaha..setiap kali naik form mesti ade jer marka baru..tak tahn seh..mcm james bond lah pulak,,hehe..tak banyak mulut sangat,,n pernah patah tgn sebab men bola..tapi tak pernah bgtau siapa yang bertanggungjawab sebabkan keadaan dia mcm tuyh...love u BRO!!
Posted by SITI KHAZAWANI at 9:18 AM 0 comments
Saturday, January 30, 2010
Posted by SITI KHAZAWANI at 9:21 PM 0 comments
matang kah??
aku yang sering kali dikatakan tidak matang dalam menjaga sesuatu hubungan..hmm,aku tidak matang kerana aku ingin kan perhatian..salah kah aku inginkan perhatian..aku manusia..tak lebih,tak kurang..memang banyak kelemahan..tak sempurna,tak tahu menghargai kawan..semua tu dilemparkan pada aku..aku pasrah..tapi kenapa tak kau katakan dari dulu bahawa diri ini banyak menyusahkan dirimu wahai sahabat..orang sekeliling boleh mentertawakan aku di saat aku dalam kesusahan...boleh meninggalkan aku..aku tidak kisah..kerana aku memang tak kisah..abaikan je lah..sebab masalah mcm ni hanya di hujung kuku sahaja..segala kelemahan aku..aku terima,segala teguran tentang aku,aku terima..semoga diri ini mampu berubah untuk ke arah yang lebih baik..walaupun aku tau bahawa manusia sentiasa menjadikan masa sebagai alasan untuk merubah diri mereka dan itu termasuk lah aku sendiri..blog ini seolah2 telah menjadi diari hidupku..segala yang terbuku di hati,aku luahkan di sini..kerana hanya dengan cara begini aku mampu merawat hati aku yang terluka,terguris..kepada sahabat2 ku..semoga kamu semua dilimpahi rahmat illahi dan senantiasa berada dalam keadaan bahagia dan mencapai apa yang diimpikan dalam hidup kalian..amin..kepads cik HAZIQAH NODIN..terima kasih aku ucapkan..kepada SITI NUR AIN MOHD NASOHA..segala pengorbanan dan kasih sayang mu akan aku hargai..buat tatapan RAIMI NURAINI MOHD AZMI..terima kasih atas segala perhatian yang kau berikan..semoga kau menjumpai sahabat sejati yang mampu mengikut rentak hidupmu...salam kemaafan ku pohon...
Posted by SITI KHAZAWANI at 8:53 PM 0 comments
Friday, January 29, 2010
BaJU CHenTA
From:
Faridah Hussen
...
Add to Contacts
To: angah _87
ada cite rakyat......jadi baca bt santapan rohani.....
BAJU CINTA.
Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin.
Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya membuka pintu tanpa seurat benang pun di badannya.
Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,
"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja ni nek!"
"Yang kau telanjang tu kenape!!!??? " marah si nenek.
" Ala nek, ini la BAJU CINTA saya," balas si cucu perempuannya.
"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan..
"Ya, suami saya menyukainya dan saya juga begitu senang MEMAKAInya
Saya harap nenek balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek."
Pinta si cucu dengan penuh hormat.
Si nenek faham kehendak cucunya. Dia fikir mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami...
Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea ...Fikirnya, dengan mengikut cara cucunya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok (suaminya) yang sudah berumur.
Sesampainya di rumah, si nenek terus menanggalkan semua pakaiannya,mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi- wanginya.Dia menuggu kepulangan suaminya dengan sabar.
Beberapa ketika si Atok pun pulang. Sebaik saja pintu di buka, si Atok terkejut sakan melihat si nenek (isterinya) berbogel di depan pintu.
"Awat hang nie? Dah buang tebiat keee???" marah si Atok.
"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek.....
"BAJU CINTA???..... . Kok iye pun, IRON la dulu baju tu!!berkedut sgt nampaknya.."
Salam sayang untuk mu,
Mak chik
Posted by SITI KHAZAWANI at 6:03 PM 0 comments
30 jan???
assalamualaikum..morning!!!ha! aper pulak ngan 30 jan nieyh??heheh..hari ni hari lahir kawan aku...heppyyyy birthdayYYY ainNNNN!!!semoga panjang umor n dimurahkan rezeki..semoga apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan suatu hari nanti..insya'allah..pagi ni sarapan roti n minim milo..sendiri buat lah..tak pegi kedai punyer tau..n online sat..jap lagi nak kene pg discussion dah..hu3...minggu depan dah nak kene present..eh,aku ader cakap nk gtau pasal lelaki yang ader dalam hidup aku kan??ha..jap lagi lah ae..heheh..raser mcm tak der idea pulak nak menaip pasal mereka..hu3...sekarang apa yang tegah aku lakukan??hehe..ym,berblogging,berfacebook,bermengelamun..hu3..k2,nanti aku sambung lagi..mesti banyak punyer nak menaip kalau dah ader idea ni kan..yeS!!!salam semua..
Posted by SITI KHAZAWANI at 5:17 PM 0 comments
KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH..
Kehangatan mentari kurasakan
Tak sehangat api perbalahan
Ku ketuk pintu hati
Senyap dan sunyi
Tiada jawapan yang kuperolehi
Dinginnya malam itu bagai salju
Tidak sedingin perasaanmu
Kau sengaja membina dinding pemisah
Di antara kita tak lagi bersemuka
Kekasihku kurasakan perlu
Menitip surat buat tatapanmu
Sekali ini aku rela merendah diri beralah
Agar perhubungan terjalin semula
Kekasihku tak mungkin ku tahu
Apa tersirat di hati kecilmu
Andainya aku yang bersalah maafkan saja
Kemaafan dendam yang terindah
Kehangatan mentari dingin salji
Bertukar ganti hari ke hari
Aku masih di sini sabar menanti terbuka kemblai
Hatimu yang terkunci
lagu ni membawa makna yang amat besar dalam hidup aku..walaupun kadang2 sukar untuk aku memaafkan perbuatan mereka yang sering mengguris hati n perasaan aku..kemaafan merupkan dendam yang paling indah...
Posted by SITI KHAZAWANI at 8:56 AM 0 comments
FRidAy
wuarghh!!!aku baru jer bagun dari tdo dan baru sudah menunaikan tuntutan agama...solat asar...alhamdulillah...apa yang aku harapkan dalam hidup aku..moga semua impian aku akan tercapai..dan semoga Allah S.W.T memudahkan segala urusan ku di dunia..dan semoga di akhirat..wah!tak lama lagi aku nak balik..heheh..nak suruh ayah jempot kat terminal n aku nak makan soto!!!!best yer...dah lama tak makan soto..hu3...terliur beb..ok2..aku chow dulu..nanti aku akan cerita kan tentang manusia yang bernama lelaki yang ada dalam hidup aku k..salam..
Posted by SITI KHAZAWANI at 1:14 AM 0 comments
Thursday, January 28, 2010
toDAy is TOday..
hari nie..nak kata aku gembira sangat pon tak jugak..sebab luka lama still ader lagi kat hati nie..tapi syukur alahamdulillah segalanya kembali normal..Ya Allah, engkau makbulkan jua doa hambamu yang kerdil ini..sesekali terbit juga pertanyaan di hati ni..kenapa kami tak macm orang lain?kenapa kami selalu jer bergadoh?huhuhu...tapi itu yang membuatkan persahabatan kami bertambah akrab..seriously,lepas hilang sorang kawan baik dulu..aku sangat takut untuk kehilangan kawan lagi..maklumlah..aku nikan loneranger..so,selalu menyendiri membuatkan aku selalu bermain dengan emosi..boleh gila kowt..ha3..hari ni aku puasa..sahabat yang teman aku berbuka..after maghrib,kami pergi mall..punyalah banyak aku beli barang..aduss..konon nak jimat lah kan..tapi,tak dapek den nak nolong ae..ha3..apa yang aku harapkan selepas nie..kami tak lagi bergadoh untuk tempoh yang panjang..tempoh seminggu tidak bertegur sapa membuatkan aku sedar,bahawa dalam hidup kita memerlukan sahabat untuk meluahkan rasa di hati..mengadu masalah..berkongsi kegembiraan,kesedihan..selama ini ku mencari-cari teman yang sejati buat menemani perjuangan ini..tapi,adakah dia telah ku ketemu??
Posted by SITI KHAZAWANI at 8:04 AM 0 comments
Tuesday, January 26, 2010
tired
i'm tired with everything...
penat sangat..bahu ni terasa mcm sedang memikul satu beban yang sangat berat..
sampai biler aku nak pikul semua nie..
berat beban aku..ader yang pikul lg berat..
susah aku..ader lagi yang susah dr aku..
aku tak pernah mintak jadik mcm nie..
sebab satu kesalahan..kesilapan yang tak disengajakan..
aku diperlakukan seumpama sampah..
seolah2 aku ni manusia yang tak pernah ader perasaan..
hebat sungguh permainan kau wahai sahabat..
aku tabik kerana kau telah berjaya mengheret aku dan menjadikan aku begini..
Posted by SITI KHAZAWANI at 1:34 AM 0 comments
Monday, January 25, 2010
KHATIMAH CINTA
Oh kidung Malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
oh Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi
Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu
Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku
Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...
Posted by SITI KHAZAWANI at 7:01 PM 0 comments
Sunday, January 24, 2010
am i too bad..or she just too gooD..
Ya Allah…
Aku amat menyayanginya..
Apa yang perlu aku lakukan..
Dialah insan yang paling hampir dengan diri ini..
Sukar bagi aku untuk kehilangannya..
Sukar untuk aku berpisah dengannya..
Sukar untuk aku bermusuh dengannya..
Ya Allah..
Kau berilah kebahagiaan yang azali kepadanya..
Kau berilah kesejahteraan kepadanya..
Andai tercatat di lohmahfuz akan kegagalannya..
Kau tukarkanlah kepada kejayaan..begitu juga aku..
Janganlah kau memberi jalan kegagalan kepadanya..dan jangan padaku..
Kau panjangkanlah umurnya..kau lindungilah orang kesayangannya dari segala bala bencana…
Kau kuatkanlah hatinya dalam menempuh segala cabaran, dugaan, dan apa jua ujian yang engkau berikan…
Ya Allah,
Kau penuhkanlah hatinya dengan ilmu dan keimanan yang teguh..
Kau lindungilah hatinya dari segala bisikan syaitan..
Kau lindungilah dirinya dari tercampak ke dalam kancah kemaksiatan..
Aku bermohon kepadaMU ya Allah..
Kerana dia lah sahabat sejati yang mampu memimpin ke arah jalan kebenaran..
Posted by SITI KHAZAWANI at 3:16 PM 0 comments