Ya Allah…
Aku amat menyayanginya..
Apa yang perlu aku lakukan..
Dialah insan yang paling hampir dengan diri ini..
Sukar bagi aku untuk kehilangannya..
Sukar untuk aku berpisah dengannya..
Sukar untuk aku bermusuh dengannya..
Ya Allah..
Kau berilah kebahagiaan yang azali kepadanya..
Kau berilah kesejahteraan kepadanya..
Andai tercatat di lohmahfuz akan kegagalannya..
Kau tukarkanlah kepada kejayaan..begitu juga aku..
Janganlah kau memberi jalan kegagalan kepadanya..dan jangan padaku..
Kau panjangkanlah umurnya..kau lindungilah orang kesayangannya dari segala bala bencana…
Kau kuatkanlah hatinya dalam menempuh segala cabaran, dugaan, dan apa jua ujian yang engkau berikan…
Ya Allah,
Kau penuhkanlah hatinya dengan ilmu dan keimanan yang teguh..
Kau lindungilah hatinya dari segala bisikan syaitan..
Kau lindungilah dirinya dari tercampak ke dalam kancah kemaksiatan..
Aku bermohon kepadaMU ya Allah..
Kerana dia lah sahabat sejati yang mampu memimpin ke arah jalan kebenaran..
0 comments:
Post a Comment